PERGINYA TIADA GANTI.
3 Jun 2012 / Ahad. Kita pergi Tg. Sepang. Semua suka suka nak pergi. Sampai je rumah Mutapa dekat Kota Jaya, tengok semua muka excited je nak pergi. Yelah, kali pertama nak berkelah sama sama. Dalam perjalanan nak pergi Tg. Sepang tayar kereta Mutapa pancit. Dalam keadaan yang tak sabar nak pergi, kena tukar tayar dulu. Ayah, Amin, Mutapa, Aiman, semua sungguh sungguh nak tukar tayar, tapi tak berhasil pun. Last last mekanik yang datang tolong. Selesai semua, kita bergerak terus ke Tg Sepang. Alhamdulillah, perjalanan selamat. Sampai je Tg Sepang, tengok laut, tengok alam semula jadi. Indah ciptaan-Mu. Sampai je kat sana, makan cepat cepat. lepastu tukar baju. Terus mandi laut. Kak Nurul, Illa, Ainun, Amin, Afin dan jugak Aiman, kita mandi sambil gurau gurau. Sambil nyanyi "cintamu mekar dihati". Malam dah siap mandi mandi semua, kita buat bbq. Indah kan semua tu. Kita tak pernah keluar macam tu kan? Selalu pergi beraya je sama sama. Hmm, esoknya kita mandi kolam, Aiman tarik kaki Kak Nurul, Aiman nak tolak Kak Nurul dalam kolam. Aiman buat semua orang gembira masa tu. Semua orang suka. Semua orang ketawa dengan telatah Aiman. Sebelum balik, kita mandi laut lagi, kita buat bulatan. Aiman cakap " kak Nurul nanti kalau nak pergi jalan jalan lagi, nak pergi mandi mandi lagi, ajak kita tau, kita nak ikut. Terngiang- ngiang lagi ayat tu kat telinga ni Aiman. Masa tu kita gelak sama sama. 7 Jun, malam Aiman kena admit dekat wad sebab suspek appendix. Risau Kak Nurul. Esoknya dapat tahu, Aiman kena transfer dekat HSI. Kak Nurul pun datang tengok. Tapi Aiman kat bilik bedah. Ibu cakap lagi, " Nurul, Aiman cakap nanti suruh Kak Nurul ajak tau, kalau nak pergi mana mana". Hmm, ye lah. Nanti cuti sekolah Disember kita pergi, cari tempat yang best dulu. Lepas tu semua okay, Aiman pun dah nampak okay, Kak Nurul tengok Aiman 9 Jun, Aiman boleh berbual, boleh cerita cerita. Lega hati. 14 Jun, dapat tau, Aiman kritikal. Kak Nurul tunggu lama dekat emergency site, dengan harapan Aiman boleh sihat macam dulu. Hari hari yang seterusnya datang dan jenguk Aiman, tapi Aiman tak sedar. Doa dalam hati, semoga Aiman boleh ketawa macam dulu dulu. 18 Jun, dapat tahu Aiman dah takde. Semalam tengok Aiman, ada perubahan positif. Tapi hari ni, Aiman dah takde, dah pergi, pergi jauh, jauh untuk ketenangan yang lebih abadi. Tak sangka itu perjumpaan yang pertama dan terakhir. Allah lebih sayangkan Aiman, Aiman budak baik, anak yang baik, Aiman lebih layak berada disana berbanding disini.Kepada Mutapa, Mutama, Emi, Ainun dan Amin, Anggaplah ini satu kebahagiaan buat Aiman, walaupun ianya teramat perit buat kita. Namun, dia dah tinggal kan pelbagai kenangan yang terindah buat tatapan kita. Kuatkanlah semangat, Keluarga ini insan yang dipilih oleh Allah, untuk menghadapi dugaan ini, kerana Allah sayang kalian semua, Allah tahu, kalian mampu untuk menghadapi semua ujian ini. Disebalik kesedihan yang Allah berikan, InsyaAllah pasti ada sesuatu yang baik menanti kalian semua. Ya Allah, Ya Tuhanku, Kau berikanlah yang terbaik buat Allahyarham Mohd Nor Aiman. Kau cucurilah rahmat, dan berkatilah ke atas rohnya. Kau tempatkanlah dia di Syurga bersama mereka mereka yang beriman. Al- Fatihah. "kau dalam ingatan disepanjang hayatku, selama-selamanya"
|
![]() ![]() |