PAKCIK ITU .
Sedang hidup dilimpahi kebahagiaan bersama yang tersayang , datanglah pula sebuah cerita tanpa diundang , cerita yang mungkin telah diungkapkan dari mulut ke mulut . Biasalah manusia , tak pernah puas dengan apa yang ada , tak sah kalau tak bercerita tentang orang lain , lumrah kan .Mengenai Pakcik Zebo (bukan nama sebenar) yang luarannya nampak dengan mata kasar baik baik belaka lagaknya , namun sebaliknya , ada lagaknya yang terlepas pandang oleh kedua mata ini . Ya , sungguh tak sangka , pada mulanya hanya anak Pakcik Zebo saje yang berkelakuan sedemikian rupa , kini Pakcik Zebo juga sama , mungkin benarlah kata pepatah , " kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi " ataupun "bapa borek , anak rintik " . Cukuplah nie sekadar mukadimah cerita . Ye , Pakcik Zebo , kalau nak bercerita , nak berbangga dengan anak sendiri janganlah dok sibuk nak burukkan anak orang lain , aku tau anak Pakcik Zebo pandai , dalam semua bab pandai , terutama hal hal yang galak dilakukan oleh perempuan desperate masa kini yang hanya mengejar kesenangan dan kemewahan atas usaha orang lain . Kan Pakcik Zebo , tak payah malulah Pakcik Zebo nak ngaku , satu kampung dah tahu . Pakcik Zebo , Pakcik Zebo , sedar sedarlah diri , nak bercerita tentang orang lain denagn budak sekolah , tu yang aku tau , yang aku tak tahu , entah entah dah sekampung dicanangnya cerita palsu itu . Kalau anak Pakcik Zebo pandai sangat kenapa lepas STPM hari tu , tak masuk U , tak dapat ke ? Ai , kata pandai , siap cakap anak orang lain tak pandai , kenapa anak Pakcik Zebo tak layak ehh ? Ohh , mungkin anak Pakcik Zebo layak masuk Youtube sahaja , boleh tunjukkan apa yang didedahkan lagi tambah market nanti , tak gitu Pakcik Zebo ? Anak Pakcik Zebo pandai speaking ye ? MUET dapat bape masa test dulu , apa ? BAND 1 ? , wah pandainya anak Pakcik Zebo , sampai dapat BAND 1 , pandai sangat tu . Aku dapat BAND 3 , pun tak kecoh Pakcik Zebo , hari hari mengajar pun guna Bahasa Inggeris jugak , takde pun dok kecoh sana sini yang aku pandai speaking *tak lah pandai , sikit sikit boleh laa . Anak Pakcik Zebo kerja di tempat simpan duit tu ye , berapa gaji sebulan , ouhh 1000 dekat 2000 . Gaji aku memang tak la banyak mana Pakcik Zebo , tapi aku dapat kerja tu atas usaha aku sendiri , takde pun minta tolong orang lain untuk dapatkan kerja tu , kita nak cari rezeki nie biarlah dengan cara yang betul , ye tak ? Baru lah berkat hasil tu nanti . Biarlah orang nak cakap apa , asal aku buat kerja tu ikhlas dan kerja aku tu mulia disisi Allah , tu dah cukup buat aku , tak payah lahh nak dipuji bagai oleh orang lain . Aku hormat kau tau Pakcik Zebo , tapi bila dah jadi macam nie , hilang sudah rasa itu , mak ayah aku tak pernah lupa nak pesan dari kecik sampai la dah besar , "hormat orang tua " . Tu la benda pertama yang aku rasa mak ayah aku tak pernah putus putus pesan kat aku . Aku tak kacau hidup kau pun Pakcik Zebo , kau tak payah lah sibuk sibuk nak jaga tepi kain aku and family aku , Pakcik Zebo jaga family Pakcik Zebo sudah lahh . P/S : jangan jadi macam Pakcik Zebo . |
![]() ![]() |