//Forever Imperfect
SELAMAT BERTUNANG NINA :)
Monday, December 27, 2010





Salam semua , semalam 26 Disember berlangsunglah pertunangan kawan baik aku Nina dengan pasangannya Najib . Alhamdulillah dapat juga korang rasmikan hubungan korang dengan ikatan pertunangan . Aku doakan korang bahagia , mudah mudahan sampai ke jinjang pelamin . Aminn.
Tahniah untuk korang berdua . Disebabkan itu , ramai yang bertanya " rul , kau bila lagi ? ". Aku diam je la kan . HAHA . Ada jodoh , InsyaAllah . Bila tengok semua kawan dah kahwin , dah ada bertunang , macam teringin la pulakk . HAHA . Tapi , aku tahu saat itu jauh lagi . Sabar je la ye .
Kepada kawan kawan yang dah berumah tangga , semoga korang bahagia sampai akhir hayat . Aminn . Kepada kawan kawan , doakan aku bahagia ye :)

p/s : Harmadi , lepas nie kalau kawan kawan tanya turn kita bila , saya suruh mereka mereka tu tanya awak , okeyy . ;)




Na , kau lawa :)



Older Post | Newer Post





DiaryAbout