//Forever Imperfect
SORI , TAK SENGAJA .
Friday, June 18, 2010

Hey ho , lame rasenye da tak m'blog . Hari hari aku online tapi entah kenapa macam takde mood la pulak nak menaip kat sini . hehe . Hari nie mood suda okee , emosi juga suda stabil . Alhamdulillah .

Aku nak bercerita nie pasal aku yang da terbuat silap . Cerita nie kira berlaku minggu lepas laa . Ada satu hari tu , Hari apa aku tak sure . Macam biasela bangun pagi , settled semua kerja rumah & hati aku pun tergerak nak tukar cadar bilik aku , benda nie memang aku da plan dari semalam . So , aku pun bukak lah , sarung sarung segala bantal yang ada atas katil aku . okee . bantal da siap ! tinggal cadar . Aku mula lah bukak cadar & bawak ke bilik air . Tanpa aku sedari ada " sesuatu " dalam cadar tu yang aku lupa nak keluarkan . Korang agak apa ? Aku sibuk masukkan cadar dalam besen , sebab nak rendam dulu , aku pun ratakan air ke seluruh cadar , tiba-tiba tangan aku teraba sesuatu , aku pun tengoklah apa benda tu . OMG ! korang nak tau apa ? enset SONY ERICSSON W580i adik aku bersama sama telah direndam dengan cadar tu . Adess , aku dah gelabah , macam mane aku boleh tak perasan yang ada enset die , aku lak main kaut je . Rasa bersalah tak payah cerita lah kann . Tapi , serius aku mmg tak sengaja wey . Nasib aku tak plan nak msukkan cadar tu dalam mesin basuh , kalau tak apa jadi aku tak twu . Emm , sian adikk aku , enset tu baru je bape bulan die guna . Aku kuatkan juga semangat nak beritahu dia , korang tau tak , time aku beritahu dia tu , die bole senyum tengok aku & tak marah aku langsung . Walhal , semua family member's tau die memang baran , tak bole sala sikit , sure kena punya . tapi , kali nie tak marah lak , sejuk sket hati bile tengok dia senyum . Aku pun suda serik dan akan lebih berhati hati pas nie .

Pesanan untuk korang : sebelum nak basuh cadar , sila pastikan takde apa apa di atasnya .

ILLA : sori sangat sangat , aku memang tak sengaja . ty aku da kaya aku ganti enset kau ea ( tah bila aku nak kaya aku pun tak tau , doa doakan lah ye (; )


Older Post | Newer Post





DiaryAbout