//Forever Imperfect
Disember.
Saturday, December 8, 2012

Disember, penghujung bulan setiap tahun.
Disember, hari lahir aku.
Yep, hari lahir aku yang keduapuluhdua~
Hmm, Disember kali ini banyak yng berbeza.
Dapat hadiah dari bff, dapat cake dari bff jugak.
Huu. Terima kasih untuk Adin, Shima & Tika,
Thanks a lot for the memories.
Disember ni banyak yang baik, banyak jugak yang kurang.
Mutamma text suruh turun kota nk belanja makan katanya,
sempena birthday.
Baik sungguh, makcik aku yang sorang tu. Sayang mutamma!

Baik semua dengan aku, terima kasih.
Aku sayang tahun 2012 ni,
Banyak yang manis, tak kurang banyak jugak yang pahit.
Terima kasih buat semua yang dah beri kesan terindah dalam hidup ni.
Terima kasih buat teman yang selalu ada masa susah senang.
Bila sampai masa aku pergi nanti, sedekah Al-Fatihah untuk aku ya?
Terim kasih sekali lagi.

Oktober.
Saturday, November 10, 2012

Sudah berminggu Oktober berlalu pergi,
Namun masih ada sisa-sisa mimpi ngeri.
Pergilah mimpi. Pergi.
Jangan datang lagi.
Pergi semadi bersama Oktober.
Jangan jejaki aku di November.
Kerana,
Aku mahu bahagia.
Bahagia!

Thursday, October 18, 2012

N duduk sorang-sorang. N teringat S. N senyum. N berpaling, sepertinya dia terlihat akan S. Ya, memang S. N senyum. Senyum suka. Senyuman N dibalas dengan senyuman mesra S. N tak fikir panjang, N terus berlari menuju ke S. N mahu dakap S, seerat-eratnya. N tiba di tempat S, tapi S takde. Mana hilangnya S?


Selamat Hari Lahir.

Selamat Hari Lahir buat pemilik hati.

Alhamdulillah, awak di panjangkan umur untuk menikmati hari ini.
Hari untuk tahun yang ke dua puluh satu.
Hari yang penuh istimewa buat awak.
Maaf,
Saya tiada disisi pada hari penting awak.

Semoga hari ini,
Jadi hari yang paling berkat buat awak.

Semoga hari ini,
Tuhan lanjutkan usia awak.

Semoga hari ini,
Tuhan curahkan rezeki-Nya pada awak.

Semoga hari ini,
Bermula sebuah matlamat hidup yang lebih baik buat awak.

Semoga hari ini,
Beri awak semangat untuk tempuh hari yang mendatang.

Semoga hari ini,
Beri awak ruang untuk peroleh rahmat-Nya.

Awak, Selamat Hari Lahir :)
Semoga awak dibawah naungan rahmat-Nya.

#Sayang awak sampai bila-bila.



Older Post





DiaryAbout